Saturday, April 6, 2013

Kuliah Subuh... Kitab Aqidah oleh Ustaz Abdul Rahman

Kitab Aqidah ms 407...(sambungan)

Salawat dan salam tercurah buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW... sahabat2 baginda, isteri2 baginda dan para pejuang di jalan Allah.

"Ya Allah ya Tuhan ku... kasihi dan sayangi lah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangiku semasa aku masih kecil..." aamiin.

Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Nabi menceritakan kepada para Sahabat yang bertanya mengenai golongan2 syurga dan neraka.
"Rombongan dan golongan orang yang masuk syurga itu muka atau wajah mereka seperti bulan purnama (bercahaya, cantik dan menawan)"... 
Di zaman Nabi, para sahabat sangat dekat dengan syurga... ada riwayat yang mengisahkan bagaimana seorang sahabat sedang memakan tamar atau kurma beberapa biji... lalu mendengar Nabi berkata, sekiranya kamu gugur syahid dalam medan pertempuran ini (Perang Badar) maka akan terus masuk syurga. Lantas sahabat terus berhenti makan kurma dan berkata, "Aku tidak mahu bertangguh untuk masuk syurga" maka dia terus bangkit bergerak ke medan pertempuran.

Bidadari di dalam syurga adalah seperti khadam.. tidak sama taraf dgn wanita2 yang menghuni syurga.. (soalan yg ditanyakan - apakah kedudukan wanita di dalam syurga sama spt bidadari2 syurga?). Kedudukan bidadari ini tidak mengatasi kedudukan isteri2 / wanita2 yang berada di dalam syurga.

Suami isteri tetap akan bersama jika pasangan masing2 kedua2nya masuk syurga... insya-Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)


Di dalam syurga tidak ada orang tua atau kanak2. Semua penghuni syurga adalah sebaya... muda2 dan cantik2 semuanya.

Dosa orang lain tidak akan dipikul oleh orang lain. Oleh itu bawalah anak2, isteri bersama2 ke masjid, surau dan juga ke majlis2 ilmu. Suami wajib menyampaikan segala ilmu yang diperolehi melalui pengajian2 agama yang mereka hadiri... maka sekiranya berasa tidak mampu menyampaikan, maka ajaklah isteri dan keluarga bersama2 ke majlis2 ilmu.


A100
Maksudnya, "Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata"

Oleh itu bersungguh2lah unutk mendapatkan pahala. Manusia tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan atau melakukan dosa, maka bila buat dosa segera lah bertaubat.
Ingat lah tiga perkara yang akan kekal pada kita setelah mati, iaitu:
1. amal jariah .... maka perbanyakkan lah beramal, bersedekah;
2. tinggalkan anak2 yang soleh, yg dpt mendoakan ibu bapanya setelah ibu bapanya meninggal; dan
3. ilmu yang bermanfaat.. yakni bila kita memperoleh ilmu yg baik, selain diamalkan kita juga wajib menyampaikannya kepada orang lain - terutama isteri2, anak2, kaum keluarga dan juga masyarakat.... sampaikan lah walaupun hanya satu ayat... yg baik2...insya-Allah

Fahami surah Ar-Rahman, yg bnyk menceritakan tentang keadaan di dalam syurga - apa sahaja yg kita nak akan terus diperolehi... wallahu'alam



-----------------------------------------

Info -
Ada soalan yang bertanya, "Apakah hukum kita mengambil wang politik?"
Ustaz jawab, "Jika dengan mengambil wang itu kita menukar pendirian (kpd orang yg memberi wang) maka hukum wang itu sudah sama seperti rasuah... maka ia haram"

soalan lain pula - "Apakah hukum kita ambil wang balik kampung mengundi?"
Ustaz jawab, "Mengundi adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat, kpd negara dan memilih kerjaaan yang akan mentadbir negara mengikut kehendak Tuhan... dan mesti kita laksanakan, maka kita tak boleh mengambil wang tersebut atas sebab itu adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat dan hamba Allah".... maka untuk mengelakkan perkara seperti ini, mengundilah di tempat kita tinggal... agar kita boleh melaksanakan tanggungjawab tuntutan negara dan agama ini dengan ringan dan mudah... tidak diberatkan kerana faktor jauh dsbnya.

maka sampaikan lah walaupun hanya satu ayat.... fikir2kan dan selamat beramal!...




sarapan nasi lemak dan kuih koci pagi Ahad nie.... alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment