Wednesday, September 18, 2013

UPKK dan PSRA.....

Assalamualaikum wbt...
Insya-Allah peperiksaan PSRA dan UPKK akan berlangsung tak berapa hari saja lagi.

'PSRA' dijadualkan bermula pada 23 September hingga 27 September 2013... Isnin sampai Jumaat. 

Sementara peperiksaan UPKK untuk anak2 Tahun 5 pulak pada Isnin berikutnya sampailah hari Khamis, iaitu 30 September hingga 3 Oktober 2013.

Kepada semua anak2 ibu... ibu abah doakan yang terbaik. Yang penting anak2 ibu (Mr 12 dan Miss 11) dah berusaha sebaik mungkin... selebihnya kita serahkan kepada Allah.. kerana Dia sesungguhnya perancang terbaik.

Kena yakin... tiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya...

Kepada semua parents... jom kita doakan anak2 kita diberi Allah hati yang terang, dada yang lapang, fikiran yang tenang dapat membaca, memahami dan menjawab soalan2 peperiksaan mereka dengan jelas, terang, nyata dan betul. 

Kita usahakan bangun bertahajjud tiap malam... solat taubat, solat tahajjud, solat hajat dan semasa anak2 sedang menghadapi kertas peperiksaan mereka, kita bacakan surah Yassin 7 "mubin"... dengan harapan apa jua keputusannya nanti, itulah yang terbaik untuk anak2 kita... putra putri kesyangan kita.... penyejuk hati dan jiwa kita. 

Insya-Allah, amiin!
 
--------------------------------------------

3 September 2013

Salam lebaran dan salam merdeka untuk semua anak2 yang bakal menduduki peperiksaan PSRA, UPKK... hanya tinggal beberapa hari dan bulan sahaja. Juga kepada ibu ayah... pastinya hati kita juga tambah bimbang, tambah risau dan gusar.... seperti aku jugak lah.

Banyakkan membaca surah Asy-Syarh... alam nashrah!

Dan dalam masa yang paling dekat, UPSR juga just around the corner.
Selamat berjaya buat semua anak2 yang bakal menghadapinya.... dan especially buat anak aku... Mr 12... semoga kejayaan cemerlang bersama2 abang.. insya-Allah. Amiin3 ya rabbalalamin.

Kalau nak masuk MRSM... tiada kompromi..mesti score 5As dalam UPSR... dan kalau nak masuk MRSM Ulul Albab, atau mana2 sekolah agama berasrama penuh (Bantuan Kerajaan) juga tiada kompromi atau toleransi... mesti Mumtaz dalam PSRA...

Ya Allah... ibu bapa mana yang tidak mengharapkan kejayaan cemerlang buat anak2nya kan... maka sebagai ibu ayah pesanan dari seorang sahabat, bermula dari hari ini, sekarang, malam ini, bangkitlah solat malam... mulakan dengan solat sunat taubat, tahajjud dan diikuti dengan solat hajat... mohon, rayu, dan minta lah padaNya supaya anak2 kita terang hatinya, dapat mengingati pelajaran2 yang telah dipelajarinya dengan baik, dapat menjawab soalan peperiksaan dengan betul dan mudah, diberi kelancaran dalam menyelesaikan setiap persoalan yang dihadapi.. dan mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupannya sama ada di dunia, dan juga di akhirat jua.

Berusaha dan bertawakkal kepada Allah.
Yassiru walatuassiru....


---------------------------------------------------
Februari 2013....

Assalamualaikum wbt....
Entry aku ni sebenarnya lebih berupa catatan... atau rekod maklumat yang aku dapat semasa Majlis Taklimat UPKK dan PSRA... yang disampaikan oleh GB (Guru Besar) MMU... hehehe... bukan Multi-Media U... tapi Madrasah Manbaul Ullum... sekolah agama anak2 aku tadi.... Sabtu.
Tahun ni both my kids... Miss 11 dan Mr 12 akan menduduki peperiksaan... Tahun 5 UPKK dan Tahun 6 PSRA... insya-Allah

Penuhnya UPKK- Ujian Penilaian Kelas KAFA... KAFA pulak adalah Kelas Agama Fardhu Ain; sementara PSRA tu, penuhnya adalah Peperiksaan Sekolah Rendah Agama.

UPKK adalah peperiksaan yang dikendalikan (syllabus) dari JAKIM... anak2 yang berjaya dalam peperiksaan ni, layak memohon ke mana2 sahaja sekolah menengah gama yang ada dalam Malaysia... sebab kertas periksa ni bawah Kerajaan Pusat... sementara PSRA adalah peperiksaan yang dikendalikan (syllabus) oleh JAIS atau Jabatan Agama Islam Selangor... namun PSRA ada jugak dua silibus, iaitu Buku Teks JAKIM dan JAIS.

Syarat kemasukan ke mana2 sekolah menengah agama tinggi di Selangor melalui PSRA ialah:
- dapat 99% mumtaz bagi perempuan, manakala lelaki 97% mumtaz... lelaki longgar skit syaratnya;
- hafaz sekurang2nya lima juzuk al-Quran
- sementara syarat boleh duduki periksa PSRA ni- calon sekurang2nya belajar di mana2 sekolah agama di Tahun 5... so mana2 calon yg tak pernah sekolah agama tapi tetiba umur 12 tahun mohon masuk sekolah agama Tahun 6...susah sikit la nak sit for this exam... ada enrolment test.

Dan tarikh peperiksaan PSRA bagi tahun ini pada 23 September 2013;
sementara UPKK hanya akan bermula bulan Oktober 2013

Sedikit penerangan mengenai silibus subject for PSRA exam - Tahun 6

(1) Akhlak / Sirah -
- Akhlak
   - sifat2 mahmudah
   - sifat2 mazmumah...
            - perlu hafalan kerana harus kemukakan dalil Quran dan Hadis; dan
            - cara belajar
            - formula 3M - membaca, menulis dan menghafal
 - Sirah / Sejarah
   -  Khulafa Ar-Rasyidin iaitu:
            - Khalifah Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali;
                 (Sejarah mereka ketika bersama2 Nabi dan jasa2 mereka)
            - isteri2 dan anak2 Nabi; dan
                 (sifat2 peribadi mereka)
            - sahabat2 Nabi yang dijamin masuk syurga
                 (kenapa mereka dijamin masuk syurga)
Dan untuk menimbulkan rasa 'cinta sirah'... ustazah menekankan kpd konsep penceritaan... menghafal tahun dan peristiwa2 berkaitan. Ustazah juga meminta kerjasama ibu bapa menjaga pemakanan anak2... tidak memakan junk food, dan sentiasalah mendoakan anak2 mereka agar berjaya... insya-Allah

Soalan peperiksaan Akhlak/Sirah: 10 soalan objektif; 6 soalan subjektif (3 Akhlak, 3 Sirah)

http://kidas.saujanautama.net/akhlak_sirah_03.pdf... (contoh soalan)
-----------------------------------

(2) Tauhid / Fekah
- Tauhid
           -  mukjizat;
           -  niat
           -  perkara membatalkan akidah
           -  qada & qadar
- Fekah
           - munakahat
           - muammalat
(sorry la, kalau apa yg aku senaraikan kat atas ni tak berapa tepat... tak sempat catat sebab ustazah yg menerangkan laju macam keretapi)
Silibus latihan berdasarkan mata pelajaran (buku2 teks) Tahun 5 dan Tahun 6.

http://kidas.saujanautama.net/tauhid_fekah_s.pdf ... (contoh soalan)
http://kidas.saujanautama.net/tauhid_feqah_j.pdf ... (contoh jawapan)
-------------------------------------
(3) Tajwid  
Merangkumi keseluruhan mata pelajaran Tahun 5 & Tahun 6
          - hukum 'mad'- mad solah, mad badal, mat asli, mad far'ie
          - idgham - bilaghunnah, maal ghunnah
          - hukum 'ro'
          - izhar- halqi, syafawi
          - tanwin
          - ihfaq syafawi
          - kalqalah- sughoh, kubro

PSRA Tajwid mengandungi: 20 soalan objektif, 6 soalan subjektif (....beranak2) - pilih 4

http://kidas.saujanautama.net/tajwid_s.pdf ...(contoh soalan)
http://kidas.saujanautama.net/tajwid_j.pdf ...(contoh jawapan)
---------------------------------------
(4) Bahasa Arab

Ustazah cuti bersalin...
http://kidas.saujanautama.net/barab_s.pdf ... (contoh soalan)
http://kidas.saujanautama.net/barab_j.pdf ... ( jawapan)

---------------------------------------
(5) Jawi / Imlaq / Khat 
Berbentuk soalan 3 in 1, dalam satu kertas soalan.
Alhamdulillah, tahun 2011 pencapaian 100%...  kerana ada yang doif jawi tetapi Imlaq dan Khat mumtaz.
Imlaq adalah "spelling" perlu perhati, baca dan faham. Sementara Khat perlu banyak buat latihan. Sebagai guru yang menghadiri kursus penulisan Khat... menulis Khat kena dalam jiwa yang tenang... baru jadi.... terang Ustazah.
Penulisan Khat ada kaedah... rujuk buku teks ada kaedah menyambung titik2.
Untuk PSRA - Khat terdiri dari dua kategori tulisan iaitu:
- Khat nasah (tulisan al-Quran) dan Khat sulus (tulisan jawi seni).
Sebagai latihan, ustazah sentiasa beri homework, maka ibu bapa kena selalu memantau.

http://kidas.saujanautama.net/khat_jawi_s.pdf ...(contoh soalan)
http://kidas.saujanautama.net/khat_jawi_j.pdf ...(contoh jawapan)


 buku2 latihan (Latih tubi pass year questions) untuk peperiksaan PSRA (JAIS)

buku latihan (Latih tubi dan pass year questions ) UPKK... hanya sebuah... gabung semua subject

Penerangan mengenai silibus peperiksaan UPKK -Tahun 5... yang sempat aku catat....

(1) Akhlak / Sirah -
- Sirah
       -  Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah
       -  Faktor Madinah
       -  kelahiran Nabi
Merangkumi semua subject Tahun 3 hingga Tahun 5
--------------------------------------------
(2) Ullum Syariah (Aqidah / Ibadah) Tauhid / Feqah 
- Fekah dua sukatan:
        -  JAIS - solat 2 hari raya, solat orang sakit, solat dalam kenderaan
        -  JAKIM - solat jama' & qasar

- Tauhid dua sukatan:
        -  JAIS - qada, qadar, Asmaul-Husna
        -  JAKIM - sifat2 Allah

---------------------------------------------

(3) Jawi / Khat.... sahaja... tiada Imlaq (Imlaq hanya PSRA oleh JAIS)
- Jawi
Lingkup soalan - jawikan, rumikan, soalan2 pemahaman
                         - ayat penyata, ayat nafi, ayat tanya
                         - tanda2 bacaan - hamzah di atas, tiga suku, setara dll...
                         - jawi bila tertinggal titik maka akan salah... ustazah pesan kena semak 20 kali...
- Khat
Khat untuk UPKK ada tiga tulisan iaitu:
                         - khat riqaah (khat yg sekarang... ada v terbalik),
                         - khat nasah (tulisan al-Quran), dan
                         - khat sulus (khat seni)

-----------------------------------------------
(4) Bahasa Arab
Sorry....contoh soalan aku tak jumpa lak cari dalam internet... insya-Allah kalau ada, aku upload link
Ustazah cuti bersalin....
-----------------------------------------------

Pengerusi Sekolah MMU, bersama2 Guru Besar dan ustaz / ustazah2 sekolah menetapkan sasaran tahun ini sifar buta jawi dan sifar gagal, jadi antara cadangan:

- mengadakan Kelas Tambahan malam - 8.30 - 10 malam, hari Rabu dan Khamis memandangkan tuisyen sekolah kebangsaan pada hari Isnin dan Selasa, yuran RM50 (upah guru, bayaran elektrik, upah jaga sekolah malam dan keperluan fotokopi). Kelas tambahan lebih kepada latih tubi soalan2 tahun lepas untuk UPKK dan PSRA, akan bermula bulan Mac tahun ini... alhamdulillah, syukur sangat2... sbb aku memang tak mampu nak mengajar anak2 dan tak tau nak mula dari mana...moga2 Allah permudahkan niat baik ini.. aamiin;

- mengadakan Kelas Pemulihan khas untuk pelajar2 yang buta jawi.... kerana bila tidak boleh sama sekali menulis jawi maka automatik tidak dapat menjawab soalan peperiksaan yang seluruhnya dalam jawi... GB kata deorang boleh menghafal dan menjawab soalan secara lisan, tetapi tidak mampu menjawab secara bertulis dalam jawi...so, kesian kan! cadangan Kelas Pemulihan hari Sabtu;

- Pengerusi Sekolah mencadangkan supaya sekolah mengadakan latihan amali antaranya:
          - latihan amali solat jenazah,
          - amali sembelih haiwan,
          - amali mandi jenazah,
          - cara mandi wajib,
          - mengaji dengan bertajwid dan betul, dan
          - wudhu dan solat dengan betul dan sempurna
Harapannya... ibu bapa turut bersama2 ustaz /ustazah2 merealisasikan sasaran ini, agar semua perkara yang wajib (sebagai org Islam), selesai apabila anak2 atau pelajar2 ini tamat sekolah Tahun 6... insya-Allah.

- Pada 26 dan 27 April 2013, sekolah bercadang mengadakan solat hajat dan motivasi untuk murid2 Tahun 5 dan Tahun 6, bersama2 ibu bapa dengan pimpinan YBhg. Ustaz Badrul Amin.... moga2 niat yang baik ini Allah makbulkan...

Alhamdulillah... sekolah seolah2 dengar keluhan aku sebagai ibu yang sangat2 risau pasal periksa anak2 aku nih... dan kepada ibu bapa yg macam aku... yg sebelumnya kelam2 tak jelas apa periksa UPKK dan PSRA ni, dan tak datang pulak, memang rugi besar.... insya-Allah penerangan yg diberi sangat jelas dan ternyata peperiksaan ni sangat2 penting... bukan saja untuk sijil agama tetapi juga sebagai satu benchmarks... nilai2 murni dan kerohanian anak2 kita....
Actually, anak aku Mr 12, dah seat for UPKK exam last year... and he only got 5As, 3Bs.. which B are... Sirah, Al-Quran (pilihan) dan Jawi/Khat....
Sirah aku maklum la naper B... memang jenis tak suka membaca apa tah lagi menghafal... sementara Khat / Jawi... pun gitu... tulisan dia agak 'kureng'... tulis rumi pun susah nak baca, apatah lagi Jawi... dan apatah2 lagi nyer Khat... dan al-Quran pun gitu... dia agak lemah dlm Tajwid dan lagu, dah tu suara pulak perlahan, tak keluar... ngaji ngan Ustazah sebelah rumah pun, dpt kompelin yg sama.... suara perlahan sangat!... anyway... alhamdulillah jugak laa.... yg lain semua ok... cuma kalau nak diandalkan untuk mohon ke mana2 sekolah agama yg baik, susah sikit la kot... sbb yg dpt 8A, 7A, 6A pun ramai....
Harap2 PSRA tahun ini, ada kemajuan.... insya-Allah

Aamiin, aamiin, aamiin ya Robbal alamin.... 
Syukran jazilan

16 comments:

  1. Trima kasih atas penerangan. Anak sy Mr 11 pun sit upkk tahun ni kt manbaul ulum. Cuma keliru ttg syllabus sbb walaupun kafa, lbh byk syllabus jais utk sirah, misalnye.( baru tgk pg ni buku dia)

    ReplyDelete
  2. sama2...
    saya belum sempat semak... cuma kalau tak silap, silibus JAIS untuk peperiksaan PSRA (Tahun 6) nanti... untuk Tahun 5 ni, concentrate pd silibus JAKIM (buku teks JAKIM)dari Tahun 3 hingga Tahun 5 dgn tajuk2 spt yg diberi...
    Saya juga mohon maaf kiranya ada kesilapan mencatat... harap boleh kongsi jika ada fakta yg lebih tepat.
    Jazakallah

    ReplyDelete
  3. Saya upkk 2011 ..alhamdullilah saya dapat 7A's 1c(bahasa arab)
    Psra saya 2012 ..alhamdullilah saya dapat jayyid jiddan 84.5% ..tak sehebat rakan rakan saya

    Upsr saya hanya 4A 1B

    Man jadda wajjada #siapa berusaha akan berjaya


    Semoha berjaya kepada miss11 mr13 ^_^

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... tahniah adik Nuradlin.
    Moga2 kejayaan hari ini bukan noktah, tetapi sbg satu garis permulaan untuk kejayaan yg lebih besar lagi di masa akan datang.
    All the best!

    * terima kasih... insya-Allah ucapan "selamat" nya akan disampaikan kpd Miss 11 dan Mr 12...
    jazakallah

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas maklumat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... moga2 anak2 kita berjaya in sha Allah

      Delete
  6. thank you soooo much. Info yang banyak membantu. didoakan putera dan puteri puan beroleh 8a dan MuMtaz...begitu juga putera saya...in shaa Allah...

    ReplyDelete
  7. Insya-Allah... Moga kejayaan bersama anak2 kita

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas maklumat yg di beri. sangat membantu. anak sy akan ambik upkk tahun insyallah. tapi tak dapat maklumat tepat bila tarikh peperiksaan akan di Arakan. harap kalau ada info ttg jadual dan tarikh dpat di kongsi bersama di sini.

    ReplyDelete
  9. Saya baru terjumpa info & ia blh membantu serta berguna utk anak saya yg akan menduduki exams PSRA 2013. Alhamdulillah UPKK 2012 anak saya mendpt 8A w/pun dia jarang dpt hadir ke sek agama spt jgk thn ini.. byk belajar di rumah. Mudah2an & Insha Allah masih belum terlambat utk anak saya mendpt 8A pada PSRA 2013 nanti & mendpt 5A utk UPSR 2013 jgk dgn ada nya maklumat yg di berikan di atas. Keseimbangan ilmu dunia & akhirat perlu ada pada anak2 kita. Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Tahniah... insya-Allah, moga2 kejayaan jua untuk anak2 kita. Aamiin

    ReplyDelete
  11. Salam, TQVM- setelah membuat beberapa pencarian- maklumat UPKK ini agak kurang, Alhamdulillah maklumat puan ini sangat membantu.

    ReplyDelete
  12. Insya-Allah... moga2 ada manfaatnya

    ReplyDelete
  13. thx insya-allah saya akan berjaya!

    ReplyDelete